Don't miss out on great deals! Start shopping or Sign in to view products added.
Shop What's New Sign inDon't miss out on great deals! Start shopping or Sign in to view products added.
Shop What's New Sign inDasar Privasi (Malaysia) – 23 December 2019
1.1. Di Sayabeli.Online Malaysia, kami mengambil berat terhadap privasi anda. Kami komited dalam mematuhi segala undang-undang perlindungan data yang terpakai kepada kami.
1.2. Dalam menyediakan Perkhidmatan atau akses kepada Platform (seperti yang ditakrifkan dalam Terma Penggunaan) kepada anda, kami akan mengumpul, mengguna, mendedahkan dan/atau memproses data, termasuklah data peribadi anda.
1.3. Dasar Privasi ini wujud bagi memaklumkan anda tentang bagaimana kami mengumpul, mengguna, menzahirkan dan/atau memproses data yang kami kumpul dan terima dalam menyediakan Perkhidmatan atau akses kepada Platform kepada anda, pelanggan kami. Kami hanya akan mengumpul, mengguna, menzahirkan dan/atau memproses data peribadi anda selaras dengan Dasar Privasi ini.
1.4. Ia adalah penting bagi anda untuk membaca Dasar Privasi ini bersama-sama dengan apa jua notis terpakai yang mungkin kami sediakan untuk keadaan-keadaan tertentu apabila kami mengumpul, mengguna, menzahirkan dan/atau memproses data peribadi mengenai anda, supaya anda mengambil maklum sepenuhnya bagaimana dan mengapa kami menggunakan data peribadi anda.
1.5. DENGAN MENGKLIK ATAU MENANDA “DAFTAR”, “SAYA SETUJU DENGAN DASAR PRIVASI Sayabeli.Online” ATAU PERNYATAAN-PERNYATAAN YANG SAMA DI LAMAN PENDAFTARAN Sayabeli.Online, ANDA MEMPERAKUI BAHAWA ANDA TELAH DIMAKLUMKAN MENGENAI DAN MEMAHAMI TERMA DASAR PRIVASI INI DAN BERSETUJU DENGAN PENGUMPULAN, PENGGUNAAN, PENZAHIRAN DAN/ATAU PEMPROSESAN DATA PERIBADI ANDA MENGIKUT TERMA-TERMA DI SINI.
1.6. Kami mungkin akan mengemaskini Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa. Apa-apa perubahan yang dibuat kepada Dasar Privasi ini pada masa akan datang akan dipaparkan di dalam laman ini, dan jika sesuai, dimaklumkan kepada anda di mana penggunaan Perkhidmatan kami secara berterusan oleh anda, akses kepada Platform atau penggunaan Perkhidmatan, termasuklah meletakkan Pesanan dalam Platform, akan membentuk perakuan dan penerimaan anda terhadap perubahan-perubahan yang dibuat kepada Dasar Privasi ini, seperti yang dimaklumkan kepada anda.. Sila semak semula dengan kerap untuk melihat sebarang pengemaskinian atau perubahan pada Dasar Privasi ini
1.7. Dasar Privasi ini terpakai bersama-sama dengan notis-notis lain, klausa-klausa kontrak dan klausa-klausa persetujuan terpakai yang berkaitan dengan pengumpulan, penggunaan penzahiran dan/atau pemprosesan data peribadi anda oleh kami, dan tidak dimaksudkan untuk mengatasi notis-notis dan klausa-klausa tersebut melainkan jika dinyatakan sebaliknya oleh kami.
1.8. Anda boleh melawat dan melayari Platform tanpa memberi maklumat peribadi anda. Walau bagaimanapun, anda dikehendaki mendaftar untuk membuka akaun jika anda ingin menggunakan Perkhidmatan kami.
1.9. Sekiranya anda mempunyai apa-apa pandangan, cadangan atau aduan yang berkaitan dengan data peribadi anda sila hubungi Pegawai Perlindungan Data kami melalui laman Hubungi Kami
2.1. Data Peribadi bermaksud mana-mana maklumat, sama ada direkodkan dalam bentuk material atau tidak, daripada mana identiti seseorang individu adalah jelas atau boleh dikenalpasti secara munasabah dan langsung oleh entiti yang memegang maklumat itu, atau pun jika diletakkan bersama dengan maklumat-maklumat lain dapat secara langsung dan pasti mengenal pasti seseorang individu.
2.2. Sepanjang penggunaan Platform dan penyediaan Perkhidmatan, kami mungkin mengumpul data peribadi dari anda, yang termasuk tetapi tidak terhad kepada::
(a) Data Identiti, termasuklah nama, jantina, dan tarikh lahir anda;
(b) Data hubungan, termasuklah alamat bil, alamat penghantaran, alamat emel dan nombor telefon;
(c) Data Akaun, termasuklah akaun bank dan butiran pembayaran;
(d) Data transaksi, termasuklah butiran mengenai bayaran kepada dan dari anda, dan butiran lain produk dan Perkhidmatan yang anda beli dari kami;
(e) Data teknikal, termasuklah alamat protokol internet (IP), data log masuk anda, jenis dan versi pelayar internet anda, versi zon masa dan lokasi, jenis dan versi plug masuk pelayar internet anda, sistem operasi dan platform, dan teknologi di dalam peranti yang anda gunakan untuk mengakses Platform;
(f) Data Profil, termasuklah nama pengguna dan kata laluan, pembelian atau pesanan anda, minat anda, pilihan, maklum balas dan jawapan-jawapan kaji selidik;
(g) Data Penggunaan, termasuklah maklumat mengenai cara anda menggunakan Platform, produk dan Perkhidmatan; dan
(h) Data lokasi, seperti apabila anda menangkap dan berkongsi lokasi anda dengan kami dalam bentuk gambar atau video dan memuat naik kandungan tersebut ke atas Platform;
(i) Data biometrik, seperti fail suara apabila anda menggunakan fungsi carian suara kami, dan imej muka apabila anda memuat naik video diri anda ke atas Platform; dan
(j) Data pemasaran dan komunikasi, termasuklah pilihan anda untuk menerima pemasaran dari kami dan pihak ketiga dan pilihan komunikasi anda.
2.3. Sepanjang penggunaan Platform oleh anda dan penyediaan Perkhidmatan, kami boleh menerima data peribadi dari anda di dalam situasi-situasi berikut:
(a) Apabila anda membuka akaun dengan kami;
(b) Apabila anda memohon untuk mana-mana Perkhidmatan atau membeli mana-mana produk dalam Platform;
(c) Apabila anda menggunakan ciri-ciri atau fungsi-fungsi yang disediakan dalam Platform atau Perkhidmatan;
(d) Apabila anda melanggan penerbitan atau bahan-bahan pemasaran kami;
(e) Apabila anda menyertai pertandingan, promosi atau kaji selidik;
(f) Apabila anda menyertai sebarang aktiviti atau kempen di atas Platform;
(g) Apabila anda log masuk ke dalam akaun anda dalam Platform atau sebaliknya berinteraksi dengan kami melalui perkhidmatan atau aplikasi luar, seperti Facebook atau Google;
(h) Apabila mana-mana pengguna Platform lain menyiarkan sebarang komen mengenai kandungan yang anda muat naik ke atas Platform atau apabila anda menyiarkan sebarang komen mengenai kandungan pengguna lain yang dimuat naik ke atas Platform;
(i) Apabila pihak ketiga membuat aduan terhadap anda atau kandungan yang telah anda muat naik ke atas Platform;
(j) Apabila anda mengakses atau menggunakan permainan mudah alih di Platform; dan
(k) Apabila anda berinteraksi dengan kami di luar talian, termasuklah apabila anda berinterkasi dengan agen perkhidmatan pelanggan luar kami.
2.4. Sepanjang penggunaan Platform dan penyediaan Perkhidmatan, kami juga boleh menerima data peribadi anda daripada pihak ketiga untuk tujuan yang ditetapkan dalam Dasar Privasi ini atau terma lain.
2.5. Anda hendaklah menyerahkan data peribadi yang tepat dan tidak mengelirukan dan anda hendaklah mengemaskini dan memaklumkan kepada kami mengenai sebarang perubahan terhadap data peribadi anda. Kami berhak untuk meminta dokumentasi untuk mengesahkan data peribadi yang diberikan oleh anda sebagai sebahagian daripada proses pengesahan pelanggan kami.
2.6. Kami hanya boleh mengumpul data peribadi anda jika anda menyerahkan data peribadi secara suka rela atau sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Dasar Privasi ini. Walau bagaimanapun, jika anda memilih untuk tidak menyerahkan data peribadi anda kepada kami atau seterusnya menarik balik persetujuan anda terhadap penggunaan data peribadi anda oleh kami, kami mungkin tidak dapat menyediakan Perkhidmatan kami atau akses kepada Platform kepada anda.
2.7. Anda boleh mengakses dan mengemaskini data peribadi anda kepada kami pada bila-bila masa seperti yang dinyatakan di bawah.
2.8. Jika anda menyerahkan data peribadi mana-mana pihak ketiga kepada kami, anda membuat representasi dan jaminan bahawa anda telah memperoleh persetujuan yang perlu daripada pihak ketiga tersebut untuk berkongsi dan memnindahkan data peribadi beliau kepada kami, dan untuk kami mengumpul menggunakan dan menzahirkan data tersebut selaras dengan Dasar Privasi ini.
2.9. Jika anda mendaftar untuk menjadi seorang pengguna di Platform dengan menggunakan akaun media sosial anda atau membuat pautan dari akaun Sayabeli.Online anda ke akaun media sosial anda atau menggunakan ciri-ciri media sosial Sayabeli.Online yang lain, kami boleh mengakses data peribadi mengenai anda yang telah anda serahkan secara suka rela kepada penyedia media sosial selaras dengan dasar privasi penyedia media sosial tersebut dan kami akan menngendalikan data peribadi anda selaras dengan Dasar Privasi ini.
3.1. Data peribadi yang kami kumpul daripada anda boleh digunakan, atau dikongsikan bersama atau dipindahkan kepada pihak-pihak ketiga (termasuklah syarikat-syarikat berkaitan, pembekal perkhidmatan pihak ketiga dan pembekal perkhidmatan mereka dan syarikat-syarikat berkaitan mereka, dan para penjual pihak ketiga, dan syarikat yang terletak di dalam dan di luar negara asal anda), untuk beberapa tujuan, yang mana termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut :
(a) Untuk memudahkan penggunaan Perkhidmatan dan akses kepada Platform oleh anda, termasuklah memberi maklum balas kepada pertanyaan, maklum balas, tuntutan atau pertikaian melalui agen perkhidmatan pelanggan luar kami;
(b) Untuk memproses pesanan yang dihantar melalui Platform;
(c) Bayaran yang dibuat oleh anda melalui Platform untuk produk-produk, sama ada dijiual oleh kami atau pihak penjual ketiga, akan diproses oleh agen kami. Kami boleh menghantar data peribadi anda kepada parti ketiga untuk menghantar produk kepada anda (contohnya kepada kurier atau pembekal kami), sama ada produk tersebut dijual melalui Platform oleh kami atau penjual pihak ketiga;
(d) Untuk menghantar produk-produk yang dibeli oleh anda melalui Platform, sama ada dijual oleh kami atau pihak ketiga. Kami boleh menyerahkan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga untuk menghantar produk tersebut kepada anda (seperti contoh kepada kurier atau pembekal kami), sama ada produk tersebut dijual melalui Platform oleh kami atau penjual pihak ketiga;
(e) Untuk memaklumkan anda mengenai penghantaran produk, sama ada dijual melalui Platform oleh kami atau pun pihak ketiga, dan untuk tujuan sokongan pelanggan;
(f) Untuk membandingkan maklumat, dan untuk mengesahkan dengan pihak ketiga bahawa maklumat tersebut adalah tepat;
(g) Untuk mentadbir akaun anda dengan kami (sekiranya ada);
(h) Untuk mengesahkan dan menjalankan urusniaga kewangan yang berkaitan dengan bayaran yang dibuat oleh anda secara dalam talian;
(i) Untuk mengaudit muat turun data daripada Platform;
(j) Untuk memperbaiki susunan atau kandungan halaman Platform dan menyesuaikannya untuk pengguna;
(k) Untuk mengenal pasti para pelawat dalam Platform;
(l) Untuk menjalankan penyelidikan ke atas demografi dan tingkah laku para pengguna kami;
(m) Untuk menyampaikan anda dengan maklumat yang kami anggap berguna kepada anda atau yang mana anda telah memohon dari kami, termasuklah maklumat mengenai produk dan perkhidmatan kami atau penjual pihak ketiga, dengan syarat bahawa anda telah menyatakan bahawa anda tidak membantah untuk dihubungi bagi tujuan ini;
(n) Untuk membenarkan pengguna lain mengenal pasti anda melalui “Mencari kawan saya” (atau fungsi yang serupa) sebagai pengguna Perkhidmatan, untuk membolehkan anda mencari pengguna lain dan untuk berhubung dengan mereka di Platform, dan untuk menyokong sosialisasi fungsi Perkhidmatan;
(o) Untuk mempromosikan Perkhidmatan dan menggunakan maklumat yang anda berikan kepada kami, seperti kandungan yang dihasilkan oleh pengguna (termasuk kandungan video) yang boleh anda pilih untuk disiarkan di Platform kami, sebagai sebahagian daripada kempen pengiklanan dan pemasaran kami untuk mempromosikan Platform;
(p) Untuk memproses apa-apa aduan, maklum balas, tindakan penguatkuasaan dan permintaan turun-turun berhubung dengan apa-apa kandungan yang anda muat naik ke Platform;
(q) Untuk memaparkan di papan skor di Platform berhubung dengan kempen, permainan mudah alih atau apa-apa aktiviti lain;
(r) Mendapatkan atribut lanjut yang berkaitan dengan anda berdasarkan data peribadi yang disediakan oleh anda (sama ada kepada kami atau pihak ketiga), untuk memberikan anda maklumat yang lebih disasarkan dan / atau relevan;
(s) Kami juga boleh menggunakan maklumat peribadi anda untuk menghantar bahan-bahan pemasaran atau promosi mengenai produk dan perkhidmatan kami atau penjual pihak ketiga kepada anda dari semasa ke semasa, kecuali jika anda memilih keluar daripada menerima bahan-bahan tersebut; dan
(t) Kami juga boleh menjalankan proses membuat keputusan secara automatik selaras dengan mana-mana tujuan ini.
3.2. Untuk mengelakkan keraguan, anda mengakui dan bersetuju bahawa Sayabeli.Online boleh berkongsi maklumat yang tidak boleh mengenalpasti anda (anonymised information) seperti tetapi tidak terhad kepada keadaan berikut:
(a) Maklumat agregat. Kami boleh menjalankan projek analitik data bersama dengan pembekal pihak ketiga terpilih menggunakan maklumat yang tidak boleh mengenalpasti anda (anonymised information) untuk meramalkan kepentingan pengguna dan menyediakan pengguna dengan maklumat yang lebih disasarkan dan / atau relevan berdasarkan maklumat agregat mengenai aktiviti pengguna di luar Platform
(b) Pengiklanan berdasarkan tingkah laku. Kami mungkin bekerjasama dengan pihak ketiga terpilih menggunakan maklumat yang tidak boleh mengenalpasti anda (anonymised information) untuk memperoleh model tertentu yang akan memudahkan pengiklanan yang lebih tepat kepada pengguna terpilih.
3.3. Anda boleh berhenti dari menerima maklumat pemasaran pada bila-bila masa dengan menggunakan fungsi menghentikan langganan di dalam bahan pemasaran elektronik. Kami boleh menggunakan maklumat hubungan anda untuk menghantar surat-surat berita daripada kami dan syarikat-syarikat berkaitan kami.
3.4. Dalam keadaan luar biasa, kami mungkin dikehendaki untuk menzahirkan maklumat peribadi, seperti apabila terdapat sebab-sebab untuk percaya bahawa penzahiran tersebut adalah penting bagi mengelakkan suatu ancaman kepada nyawa atau kesihatan, atau bagi tujuan penguatkuasaan undang-undang, atau bagi memenuhi keperluan dan permintaan undang-undang dan pengawalseliaan.
3.5. Kami boleh berkongsi dan mengizinkan perkongsian data peribadi anda dengan pihak ketiga dan sekutu-sekutu kami untuk tujuan-tujuan yang disebutkan di atas, termasuklah tetapi tidak terhad kepada, memudahkan penggunaan Perkhidmatan oleh anda, melengkapkan urusniaga dengan anda, menguruskan akaun dan hubungan kami dengan anda, pemasaran dan memenuhi mana-mana keperluan dan permintaan undang-undang dan pengawalseliaan seperti mana yang kami anggap perlu.
3.6. Jika anda berada di Malaysia, kami boleh memindahkan atau mengizinkan pemindahan data peribadi anda ke luar Malaysia bagi mana-mana tujuan yang dinyatakan di dalam Dasar Privasi ini.
4.1. Anda boleh menyampaikan penarikbalikan persetujuan anda kepada pemakaian berterusan atau penzahiran data peribadi anda bagi mana-mana tujuan dan cara seperti mana yang dinyatakan di atas pada bila-bila masa, atau memohon pemadaman atau ketanpanamaan data peribadi anda, dengan menghubungi Pegawai Perlindungan Data kami menerusi capaian di atas.
4.2. Sila ambil maklum bahawa jika anda menyampaikan penarikbalikan persetujujan kepada penggunaan atau penzahiran data peribadi anda bagi tujuan dan cara seperti yang dinyatakan di atas, atau memohon pemadaman atau ketanpanamaan data peribadi, kami mungkin tidak dapat secara terus menyediakan produk-produk dan perkhidmatan kami kepada anda atau melaksanakan mana-mana kontrak kami dengan anda, dan kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya kami tidak terus menyediakan produk-produk dan perkhidmatan kepada anda, atau melaksanakan kontrak dengan anda. Kami secara nyata merizabkan hak undang-undang dan remedi kami dalam situasi seperti ini.
5.1. Ia adalah penting untuk memastikan bahawa data peribadi yang diserahkan oleh anda adalah tepat dan lengkap untuk anda untuk terus menggunakan Platform dan bagi kami menyediakan Perkhidmatan. Anda bertanggungjawab untuk memaklumkan kami mengenai perubahan-perubahan kepada data peribadi anda, atau sekiranya anda percaya bahawa data peribadi anda yang ada pada kami adalah tidak tepat, tidak lengkap, tidak mengelirukan atau luput.
5.2. Anda boleh mengemaskini data peribadi anda pada bila-bila masa dengan mengakses akaun anda dalan Platform. Jika anda tidak dapat mengemaskini data peribadi anda melalui akaun anda, anda boleh berbuat demikian dengan menghubungi Pegawai Perlindungan Data kami menerusi capaian yang dinyatakan di atas.
5.3. Kami mengambil langkah untuk berkongsi pengemaskinian terhadap data peribadi anda dengan pihak-pihak ketiga dan sekutu-sekutu kami yang kami telah kongsikan data peribadi anda jika data peribadi anda masih diperlukan bagi tujuan-tujuan di atas.
6.1. Jika anda ingin memohon maklumat mengenai data peribadi anda telah yang dikumpul oleh kami, atau bertanya mengenai cara-cara bagaimana kami telah menggunakan atau menzahirkan data peribadi anda pada tahun sebelumnya, sila hubungi Pegawai Perlindungan Data menerusi capaian yang dinyatakan di atas. Untuk memudahkan pemprosesan permohonan anda, kami mungkin perlu meminta maklumat lanjut mengenai permohonan anda.
6.2. Kami berhak untuk mengenakan yuran pentadbiran yang munsasabah bagi mendapatkan kembali rekod data perbadi anda. Dalam hal ini, kami akan memaklumkan jumlah yuran sebelum memproses permohonan anda.
6.3. Kami akan memberi maklum balas kepada permohonan anda dalam tempoh yang munasabah. Sekiranya kami tidak dapat memberi maklum balas dalam tempoh dua puluh satu (21) hari dari tarikh permohonan anda, kami akan maklumkan kepada anda secara bertulis. JIka kami tidak dapat menyediakan mana-mana data peribadi kepada anda atau membuat suatu pembetulan seperti yang diminta oleh anda, kami akan secara amnya memaklumkan anda mengenai sebab-sebab mengapa kami tidak berupaya berbuat demikian (kecuali di mana kami tidak diwajibkan berbuat demikian di bawah undang-undang perlindungan data yang terpakai).
7.1. Untuk melindungi data peribadi anda daripada akses, pengumpulan, penggunaan, penzahiran, pemprosesan, penyalinan, pengubahsuaian, pelupusan, kehilangan, penyalahgunaan, pengubahsuaian yang tidak dibenarkan atau risiko yang serupa, kami telah memperkenalkan langkah pentadbiran, fizikal dan teknikal yang sesuai seperti:,
(a) Mengehadkan akses ke data peribadi kepada individu-individu yang memerlukan akses;
(b) Memelihara produk-produk teknologi bagi mengelakkan akses komputer yang tidak dibenarkan; dan
(c) Menggunakan teknologi penyulitan 128-bit SSL (secure sockets layer) apabila memproses data kewangan anda.
7.2. Jika anda percaya bahawa privasi anda telah dilanggar oleh Sayabeli.Online, sila hubungi Pegawai Perlindungan Data kami menerusi capaian yang dinyatakan di atas.
7.3. Walau bagaimanapun, anda hendaklah sedar bahawa tiada kaedah penghantaran melalui internet atau kaedah penyimpanan elektronik adalah benar-benar selamat. Walaupun keselamatan tidak dapat dijamin, kami berusaha melindungi keselamatan maklumat anda dan sentiasa mengkaji dan meningkatkan langkah keselamatan maklumat kami.
7.4. Kata laluan anda adalah kunci kepada akaun anda. Sila gunakan nombor unik, huruf dan aksara khas, dan jangan berkongsi kata laluan Sayabeli.Online anda kepada sesiapa sahaja. Jika anda berkongsi kata laluan anda dengan orang lain, anda akan bertanggungjawab untuk semua tindakan yang diambil dalam nama akaun anda dan akibatnya. Jika anda kehilangan kawalan kata laluan anda, anda mungkin kehilangan kawalan yang ketara ke atas data peribadi anda dan data lain yang diserahkan kepada Sayabeli.Online. Anda juga boleh dikenakan tindakan mengikat secara sah yang diambil bagi pihak anda. Oleh itu, jika kata laluan anda telah dikompromi untuk apa-apa sebab atau jika anda mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa kata laluan anda telah dikompromi, anda harus segera menghubungi kami dan menukar kata laluan anda. Anda diingatkan untuk log keluar dari akaun anda dan menutup pelayar anda apabila anda selesai dengan menggunakan komputer yang dikongsi.
8.1. Kami hanya akan menyimpan data peribadi anda selama mana yang diperlukan di bawah undang-undang atau seperti mana ia masih relevan bagi tujuan ia dikumpul.
8.2. Kami akan berhenti daripada menyimpan data peribadi anda, atau mengalih keluar cara-cara data tersebut boleh dikaitkan dengan anda, sebaik sahaja ia adalah munasabah untuk mengandaikan bahawa penyimpanan itu tidak lagi berfungsi dengan tujuan yang mana data peribadi dikumpulkan, dan tidak lagi perlu bagi apa-apa tujuan undang-undang atau perniagaan.
9.1. Sayabeli.Online tidak menjual produk untuk pembelian oleh kanak-kanak di bawah 18 tahun dan tidak bermaksud untuk menyediakan mana-mana Perkhidmatan atau penggunaaan Platform kepada kanak-kanak di bawah umur 18 tahun. Kami tidak secara sengaja mengumpul mana-mana data peribadi yang berkenaan dengan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun.
9.2. Anda dengan ini mengesahkan dan menjamin bahawa anda kini berusia 18 tahun ke atas dan anda mampu memahami dan menerima syarat Dasar Privasi ini. Jika anda berusia di bawah 18 tahun, anda boleh menggunakan laman web kami hanya dengan penglibatan ibu bapa atau penjaga.
9.3. Sebagai ibu bapa atau penjaga yang sah, sila jangan benarkan anak-anak di bawah penjagaan anda menyerahkan data peribadi kepada Sayabeli.Online. Sekiranya data peribadi kanak-kanak kecil itu dizahirkan kepada Sayabeli.Online, anda bersetuju dengan pemprosesan data peribadi kanak-kanak itu dan menerima dan bersetuju untuk terikat kepada Dasar Privasi ini dan bertanggungjawab atas tindakannya.
9.4. Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas penggunaan mana-mana Perkhidmatan di atas Platform yang tidak dibenarkan oleh diri anda, pengguna yang bertindak bagi pihak anda atau mana-mana pengguna yang tidak dibenarkan. Ia merupakan tanggungjawab anda untuk membuat keputusan anda sendiri mengenai penggunaan Perkhidmatan di atas Platform dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mengelakkan sebarang penyalahgunaan Perkhidmatan di atas Platform.
10.1. Kami atau pembekal perkhidmatan kami yang sah boleh menggunakan kuki, suar web, dan teknologi-teknologi yang sama untuk menyimpan data untuk memberi pengalaman yang lebih bermutu, pantas, selamat dan peribadi kepada anda ketika menggunakan Perkhidmatan atau mengakses Platform.
10.2. Apabila anda melayari Platform melalui komputer, peranti mudah alih, atau mana-mana peranti anda yang mempunyai sambungan internet, server syarikat kami akan secara automatik merakam data yang dihantar oleh pelayar internet anda apabila anda melayari suatu laman sesawang. Data ini termasuk:
(a) Alamat IP komputer atau peranti anda;
(b) Jenis pelayar internet;
(c) Halaman laman sesawang yang anda lawati sebelum Platform;
(d) Halaman dalam Platform yang anda lawati; dan
(e) Masa yang diluangkan di halaman tersebut, perkara-perkara dan data yang dicari dalam Platform, masa dan tarikh akses dan statistik-statistik lain.
10.3. Data ini dikumpul untuk analisis dan penilaian bagi mempertingkatkan laman sesawang, perkhidmatan dan produk kami.
10.4. Kuki merupakan fail teks kecil (biasanya terdiri daripada huruf dan nombor) yang diletakkan dalam memori pelayar internet atau peranti anda apabila anda melawat sesuatu laman sesawang atau melihat sesuatu pesanan. Kuki membolehkan kami untuk mengenali sesuatu peranti atau pelayar internet and membantu kami untuk memberi kandungan Platfrom yang lebih peribadi dan padan dengan pilihan anda secara pantas, dan untuk memberi Perkhidmatan dan Platform yang lebih mudah dan berguna untuk anda.
10.5. Anda boleh menguruskan dan memadam kuki melalui tetapan pelayar internet atau peranti anda. Untuk maklumat lanjut, sila lawati bahan sokongan peranti internet atau peranti anda.
10.6. Suar web merupakan imej grafik kecil yang mungkin termasuk dalam Perkhidmatan dan Platform kami. Suar web membolehkan kami untuk mengira para pengguna yang telah melihat halaman-halaman ini supaya kami dapat lebih memahami pilihan dan minat anda.
11.1. ANDA MEMPERAKUI DAN BERSETUJU BAHAWA Sayabeli.Online MEMPUNYAI HAK UNTUK MENZAHIRKAN DATA PERIBADI ANDA KEPADA MANA-MANA PIHAK BERKUASA PERUNDANGAN, PENGAWALSELIAAN, PERCUKAIAN, PENGUATKUASA UNDANG-UNDANG ATAU MANA-MANA PIHAK BERKUASA YANG LAIN DAN PEMUNYA HAK YANG RELEVAN, JIKA Sayabeli.Online MEMPUNYAI ALASAN MUNASABAH UNTUK PERCAYA BAHAWA PENZAHIRAN DATA PERIBADI ANDA ADALAH PERLU BAGI MENEPATI MANA-MANA OBLIGASI, KEPERLUAN ATAU PENYUSUNAN, SAMA ADA SECARA SUKA RELA ATAU TIDAK SUKA RELA, UNTUK BEKERJASAMA DENGAN SUATU PERINTAH, SIASATAN DAN/ATAU MANA-MANA PERMOHONAN OLEH PIHAK-PIHAK DEMIKIAN. SETAKAT MANA YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG YANG TERPAKAI, ANDA BERSETUJU UNTUK TIDAK MENGAMBIL APA-APA TINDAKAN TERHADAP Sayabeli.Online DI ATAS PENZAHIRAN DATA PERIBADI ADA DI DALAM KEADAAN-KEADAAN INI.
12.1. Platform mungkin mengandungi pautan-pautan kepada laman-laman sesawang lain yang dikendalikan oleh pihak-pihak lain, termasuklah sekutu-sekutu perniagaan kami, para penjual atau pintu masuk pembayaran. Kami tidak bertanggungjawab ke atas amalan privasi laman-laman sesawang yang dikendalikan oleh pihak-pihak tersebut. Anda dinasihatkan supaya menyemak amalan dasar privasi laman-laman sesawang ini untuk mengenalpasti cara mereka mengendalikan mana-mana maklumat yang dikumpul dari anda.
Don't miss out on great deals! Start shopping or Sign in to view products added.
Shop What's New Sign in